8 Kebaikan Minum Air Kosong Untuk Pelajar – Petua Bijak

–> Jangan pandang remeh tentang kebaikan minum air kosong ya.

This image has an empty alt attribute; its file name is human-771601__340-2.jpg
Kebaikan Minum air kosong untuk pembelajaran

Kebaikan Minum Air Kosong Untuk Minda Pelajar Sekolah

1. Fikiran Menjadi lebih Tajam dan Jelas

Kebaikan minum air kosong yang utama ialah dapat menjadikan fikiran menjadi tajam dan jelas. Kulit kering dan denyutan jantung yang cepat adalah beberapa simptom dehidrasi yang paling biasa berlaku.  Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi tanda yang jarang dapat dilihat dan ianya melibatkan tisu otak. Apabila kanak-kanak tidak meminum air yang mencukupi, otak mereka terpaksa bekerja lebih keras daripada biasa. Dalam satu kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar-pelajar yang membawa air ke kelas dan dewan peperiksaan dapat melakukan dengan lebih baik dalam peperiksaan.


Kebaikan Minum air kosong untuk pembelajaran

2. Meningkatkan Tahap Tumpuan Kanak-Kanak

Kebaikan minum air kosong yang kedua ialah, kajian terkini  telah menunjukkan bahawa minum air yang cukup membuat mereka lebih prihatin dan sentiasa bersedia. Semasa belajar contohnya, tumpuan terhadap pengajaran guru adalah amat penting. Kekurangan air dalam badan menyebabkan otak mereka tidak dapat fokus dan mungkin akan menyebabkan proses pembelajaran kanak-kanak tidak maksimum. Berbanding  jika air mencukupi dalam badan, sudah tentu mereka dapat fokus dalam kelas.


Kebaikan Minum air kosong untuk pembelajaran

3. Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Mereka

Kebaikan minum air kosong yang seterusnya ialah dapat membantu kita dalam proses penyelesaian masalah oleh otak. Tanyalah siapa-siapa yang pernah mengambil peperiksaan yang melibatkan matematik aras tinggi, mesti rasa penat yang amat selepas menjawab exam kerana otak telah bekerja keras pada waktu itu. Untuk pelajar sekolah pun sama, Air yang mencukupi perlu untuk membantu mereka menyelesaikan masalah pembelajaran di sekolah.

Satu kajian telah dijalankan yang melibatkan permainan catur. Seorang Jurulatih catur melawan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Jurulatih tersebut dibiarkan kekurangan air dalam badan manakala kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan hidrasi yang optimum. Hasilnya, kanak-kanak dapat mengalahkan jurulatih tersebut.

4. Meningkatkan Ingatan Kanak-kanak

Adakah  anak-anak mempuyai masalah untuk mengingati pembelajaran yang lepas dan hafalan nota ? Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ada beberapa subjek yang memerlukan daya ingatan yang kuat. Untuk proses mengingati dan menghafal, perlulah badan mereka mempunyai air yang mencukupi. Bagaimana kaitan kandungan air dengan fungsi manghafal? Hafalan dan ingatan merupakan fungsi kognitif otak. Fungsi kognitif memerlukan air yang mencukupi untuk otak berfungsi dengan optimum. Jika kekurangan air, ini boleh menjejaskan fungsi kognitif mereka, yang boleh membuat mereka sukar untuk menghafal perkara asas, mengimbas kembali maklumat atau mencipta kenangan jangka panjang. Oleh sebab itu, kebaikan minum air kosong ini perlu diwar-warkan supaya lebih ramai pelajar yang akan mendapat manfaat. Doa Kuat Ingatan


Kebaikan Minum air kosong untuk pembelajaran

5. Mempercepat Tindak Balas

Kebaikan minum air kosong yang kelima ialah, jika kanak-kanak meminum air, fungsi otak mereka adalah 14 % lebih cepat berbanding kanak-kanak yang tidak minum air. Para saintis juga mendapati bahawa kekal terhidrat membantu otak individu untuk beroperasi lebih cepat dan cekap. Satu tips penting untuk kita dan kanak-kanak, jika tidak dapat fokus untuk sesuatu perkara dan merasa hanyut, cuba minum segelas air dan ambil nafas yang panjang. Ajaibnya, otak kita akan kembali berfungsi dengan normal dalam beberapa saat.

6. Memperbaiki Mood Mereka

Adakah anda sentiasa berhujah dengan anak-anak? Adakah mereka berasa marah sepanjang masa? Sekiranya kita tertanya-tanya mengapa mereka berasa gementar dan mudah marah, boleh mula membuat pemeriksaan tentang kekerapan mereka minum air. Masalah dehidrasi yang sedikit sahaja sudah boleh menyebabkan mood mereka tidak stabil. Terdapat dua faktor teras yang menentukan mood seseorang: tenaga dan motivasi. Minum air yang mencukupi memastikan mereka sentiasa kekal bertenaga dan bermotivasi.

7. Mengurangkan Tahap Kebimbangan

Kebimbangan kronik boleh menjejaskan kehidupan mereka dengan cara yang mendalam. Sekiranya mereka sentiasa prihatin tentang perkara pembelajaran, ianya bagus dan boleh membawa kejayaan dalam pekerjaan atau cemerlang dalam pelajaran mereka. Awas jika mereka tidak mencukupi air, ini boleh menyebabkan mereka terlalu bimbang sehingga boleh menyebabkan ‘anxiety’.  Kanak-kanak perlu bertenang jika mereka mahu menduduki ujian atau untuk berbicara. Kekurangan air dalam badan dan tahap kebimbangan yang kronik sangat berkaitan antara satu sama lain dan perlu diambil berat oleh golongan ibu bapa.


Kebaikan Minum air kosong untuk pembelajaran

8. Mengelakkan Sakit Kepala dan Migrain

Sakit kepala yang disebabkan kekurangan air dalam badan adalah sering berlaku dalam pelajar sekolah. Hal ini kerana kekurangan air akan sudah tentu mengurangkan prestasi otak. Otak akan terpaksa bekerja lebih untuk melakukan perkara-perkara yang mudah. Selain daripada mengurangkan prestasi otak, kekurangan air akan menghadkan kebolehan berfikir dalam kanak-kanak. Mereka akan merasakan bebanan jika berfikir kerana, fikir untuk perkara-perkara yang mudah pun boleh menyebabkan magrain.

Semoga bermanfaat.

Sila SHARE dengan Kawan-kawan ye..F

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *