DOA IFTITAH Rumi – Senang Bacaan

Doa Iftitah Rumi – Untuk senang bacaan dan memudahkan pembelajaran bacaan nota iftitah . Disertakan juga doa iftitah dalam bahasa arab beserta maksudnya dalam bahasa melayu. Diharapkan perkongsian doa penerang hati rumi ini dapat memberi manfaat kepada semua.

.

Doa Iftitah dalam bahasa arab beserta bacaan doa iftitah rumi

.

Bacaan Doa Iftitah Rumi :

Allahu akbaru kabiraw- walhamdu lillahi kathiraw- wasubhanallahi bukrataw- wa- asila.

Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama- wati wal- ardha hanifam- muslimaw- wama ana minal- musyrikin.

Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil-‘alamin.

la syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

.

Maksud Doa Iftitah Rumi :

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

Baca : Doa Pelindung Diri Rumi

.

Diharapkan semua dapat manfaat daripada perkongsian doa iftitah rumi ini. Mudah-mudahan pahala yang berganda dapat diperoleh dengan amalan doa ini dalam solat.

.

Kelebihan Solat Fardhu

Solat fardhu mempunyai banyak manfaat kepada kita baik dari segi rohani dan jasmani. Selain menyihatkan tubuh badan, ianya juga dapat memberikan ketenangan kepada pengamalnya. Solat dapat membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah.

.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

.

Huraian Hadith: 

.

  1. Kelebihan Solat lima waktu dan kelebihan memeliharanya.
  2. Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.
  3. Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.
  4. Uslub Nabi SAW menarik minat dan terangsang untuk melakukan taat dengan cara berdialog dan perumpamaan.

.

Selain doa iftitah rumi itu tadi, Baca Juga :

Doa Kuat Ingatan

Bacaan Doa Penerang Hati dalam Rumi

Doa Untuk Ibu Bapa

.

Semoga Bermanfaat

Sila SHARE dengan kawan-kawan ya..

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *