DOA KUAT SEMANGAT – Untuk Diri dan Anak

Ada banyak kebaikan jika selalu amalkan doa kuat semangat ini. Selain menunjukkan kebergantungan kita kepada yang maha Esa, ia juga mampu untuk membantu meningkatkan keyakinan dan semangat kita.

Amal Doa Kuat Semangat 1 :
Doa kuat semangat yang boleh diamalkan selepas solat
Bacaan Doa Kuat Semangat, Sila KLIK

.

Maksudnya :

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.

Doa ini juga boleh diamalkan sekiranya mengalami keluh kesah dan ketika mengalami masalah tidak tenteram. Sesungguhnya keluh kesah itu adalah perbuatan syaitan dan doa ini boleh mengingatkan kita bahawa ketenangan dan semangat itu datangnya daripada Allah dan kita boleh meminta daripadaNya untuk peroleh ketenangan dan memulihkan semangat yang hilang.

Doa Belajar…………………. ( Sila KLIK )

Amalan Doa Kuat Semangat 2 ( Ayat Kursi ) :
Ayat Kursi sebagai doa kuat semangat

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Ayat Kursi juga boleh dijadikan sebagai pendinding daripada gangguan lain. Kadang-kadang hilang semangat juga boleh disebabkan oleh gangguan luar. Boleh amalkan ayat kursi sebagai alternatif untuk melindungi diri daripada anasir-anasir jahat. Amalkan selalu ayat kursi agar kita selalu ingat hanya kepada Allah kita bergantung dan hanya Allah yang boleh mengembalikan semangat kita.

Doa Tawakkal :
Ayat bertawakkal juga boleh meningkatkan semangat

Maksudnya :

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.”

Akhir sekali, bertawakkal kepada Allah. Jika bertawakkal hanya kepada Allah, segalanya boleh berlaku kerana Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Berusaha , berdoalah dan bertawakkal agar keyakinan dan semangat kita sentiasa utuh dan kekal sentiasa dalam menghadapi rintangan dan cabaran kehidupan.

Doa Kuat Ingatan……. ( Sila KLIK )

Semoga bermanfaat.

Sila SHARE dengan kawan-kawan ya..

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *