DOA PENERANG HATI Rumi – Untuk Amalan

Amalan Doa Penerang Hati – penting untuk kita amalkan sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT. Doa-doa yang diamalkan oleh Muslim adalah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran. Berikut disertakan doa penerang hati dalam Bahasa Arab ( Al-Quran) serta terjemahan dalam rumi. Diharapkan perkongsian doa penerang hati rumi ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Doa Penerang Hati Rumi – Surah Taha Ayat 25-28
Doa penerang hati rumi
VIDEO Bacaan Doa Penerang Hati Rumi
Sila KLIK untuk mulakan

Nota- Ini adalah doa Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai raja yang zalim dan kejam. Doa ini boleh diamalkan buat mereka yang berasa gelisah, ketakutan, gugup untuk bercakap di khalayak dan berasa sempit dalam kehidupan.

Seterusnya, berikut adalah doa-doa penerang hati yang boleh diamalkan daripada sumber Al-Quran. Disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu.

Doa Penerang Hati Rumi Yang Boleh Di Amalkan– (Maksud Ayat Al-Quran)

1 . Surah Al-Insyirah Ayat 1-8

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Dan, Kami telah menurunkan bebanmu darimu yang memberatkan punggungmu dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu. Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan. Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.”

2. Surah An-Nur Ayat 35

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Tips Berdoa Untuk Pelajar Cemerlang… Sila KLIK

Doa penerang hati

Doa mestilah diamalkan selalu terutamanya selepas solat. Selain menunjukkan kebergantungan kita terhadap Allah SWT, ini juga dapat memberikan kita semangat untuk terus istiqamah dalam belajar. Wallahuallam.

Amalan DOA KUAT INGATAN….. Sila KLIK

Semoga Bermanfaat

Sila SHARE dengan kawan-kawan ya..

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *