DOA QUNUT Rumi – Bacaan Senang

Doa Qunut Rumi – Disertakan doa Qunut dalam bahasa arab serta bacaannya dalam rumi. Selain itu, terdapat juga terjemahan dalam Bahasa Melayu. Terdapat tiga jenis Qunut  iaituQunut  solat Subuh, Qunut dalam solat witir Ramadhan dan Qunut Nazilah. Dalam artikel ini ialah Qunut yang dibaca dalam solat subuh. Terdapat khilaf ulama berkenaan bacaan Qunut dalam solat subuh. Namun Imam Shafie berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut. Sekiranya tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Di Malaysia, majoriti penganut agama Islam berpegang kepada mazhab ini.

.

Baca : Doa Iftitah Rumi

.

Diharapkan semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

.

Bacaan doa qunut rumi beserta terjemahan
Bacaan Doa Qunut Rumi

Allahhumma dinii fiiman hadait,

Wa’aa finii fiiman ‘aafait,

Watawallanii fiiman tawal-laiit,

Wabaariklii fiimaa a’thait,

Waqinii syarramaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

Wainnahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Baca : Doa Pelindung Diri

.

Maksud DOA QUNUT Rumi

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

.

Berikut tadi adalah terjemahan doa qunut untuk memudahkan pemahaman kita semua. Diharap dapat menjadi amalan kepada semua.

.

Selain doa qunut rumi itu tadi, Baca Juga :

Doa Kuat Ingatan

Bacaan Doa Penerang Hati dalam Rumi

Doa Untuk Ibu Bapa

.

Semoga Bermanfaat

Sila SHARE dengan kawan-kawan ya..

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *