Doa Tidur Rumi : Untuk Amalan Anak-Anak

Amalan doa tidur rumi, doa yang tidak asing lagi untuk kanak-kanak. Doa tidur rumi ini seringkali dijadikan lagu dan mudah dihafal walaupun anak-anak itu baru berusia 3 tahun. Doanya pendek dan mudah dihafal tetapi kebaikannya banyak sekali untuk pengamalnya.

Amalan Doa Tidur Rumi :
Doa tidur rumi untuk amalan seisi keluarga

Bacaan dalam rumi : Bismikallahumma ahya wa amuutu

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Dalam Kitab suci Al-Quran ada menyebut berkaitan dengan peristiwa kematian dan tidur. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan tidur itu seolah-oleh kematian yang sementara. Semasa tidur, kita bertawakkal sepenuhnya kepada Allah untuk membangunkan kita kembali pada subuh harinya esok. Seperti dalam surah Az Zumar ayat 42 ada menyebut :

Bismillahirrahmanirrahim,

Maksudnya :

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”(AzZumar, 42 )

Maksudnya dalam Bahasa Inggeris:

It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect. (Az Zumar 42 )

Doa Tidur Rumi untuk amalan semua

Baca : Doa penerang hati RUMI

Sesungguhnya tidur adalah anugerah yang tidak terhingga kepada manusia. Ketika tidur adalah waktu untuk berehat, merehatkan jasad yang seharian bekerja dan beribadat kepada Allah SWT. Ada kemungkina jiwa tidak dipulangkan kepada jasad ketika tidur. Kematian ketika tidur pernah kita dengar bukan. Oleh sebab itu, berdoa dan bertawakkal ketika sebelum tidur dan doakan supaya Allah SWT berikan yang terbaik kepada kita. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, teruslah ucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang berbakti untuk memakmurkan bumi dan beribadat kepada Allah SWT.

Semoga Bermanfaat, Sila SHARE dengan kawan-kawan ya..

Bagaimana bangun seawal 5 pagi boleh membantu anda ?

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *