JIN UMMU SIBYAN serta kebenarannya

JIN UMMU SIBYAN, Siapakah Ummu Sibyan? Apa yang mampu dia lakukan kepada keluarga dan anak-anak kita? Pernahkah anda dengar tentang jin ini? Jin Ummu Sibyan ialah sejenis jin yang suka menganggu bayi dan juga wanita hamil. Ianya boleh berupa atau mempunyai wajah perempuan yang mengerikan dengan mata satu yang besar serta boleh berjalan di dinding seperti cicak. Jin ini juga dikatakan akan mengunjungi rumah pada waktu Maghrib.

Teringat zaman kanak-kanak pada tahun 90-an di kampung, orang tua melarang keras kanak-kanak berada di luar rumah ketika waktu magrib. Dirisaukan akan terkena gangguan makhluk halus termasuklah syaitan dan jin ini.

Disebabkan itulah, kita sentiasa diingatkan agar menutup kesemua pintu dan jendela sambil melafazkan perkataan Bismillah agar Ummu Sibyan tidak berkunjung ke rumah kita. Dikatakan juga oleh orang-orang tua bahawa jin Ummu Sibyan boleh memasuki ke rahim perempuan supaya perempuan tersebut tidak akan mengandung lagi. Sejauh mana kebenarannya, Wallahuallam.

Baca : Doa Pelindung Diri dan Keluarga

Gangguan jin pada kanak-kanak
Tanda-tanda gangguan Jin Ummu Sibyan pada kanak-kanak

Terdapat tanda-tanda pada bayi apabila diganggu oleh jin ini iaitu bayi akan menangis melalak dengan matanya terbeliak ke atas, anak-anak akanjatuh seolah-olah didorong oleh seseorang, mengigau sambil mengetap gigi berulang-ulang kali. Selain itu, anak-anak yang diganggu oleh Ummu Sibyan akan menghidapi demam panas selepas Asar sehingga sebelum Subuh.

Tanda gangguan jin Ummu Sibyan pada perempuan mengandung

Tanda-tanda yang terdapat pada wanita hamil apabila terkena gangguan jin ini ialah rasa sesak di dada terutama setelah waktu Asar yang mungkin akan berpanjangan sehingga waktu tengah malam. Selain itu, wanita tersebut akan berasa kusut fikiran serta sakit pada bahagian tulang-tulang belakang. Apabila diganggu oleh jin ini, wanita hamil akan mula mengigau pada waktu malam dan mendapat mimpi-mipi yang sangat menakutkan.

Cara Mengelakkan Gangguan Ummu Sibyan

Jadi, bagaimanakah untuk mengelakkan keluarga dan diri kita dari diganggu oleh Jin Ummu Sibyan ini? Pertama, pastikan pintu dan jendela sentiasa ditutup apabila tiba waktu senja atau Maghrib. Pada waktu maghrib, syaitan dan jian akan berkeliaran. Kedua, jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur di luar rumah dan masih tidak kering pada waktu Maghrib.

Cara mengatasi gangguan ummu sibyan pada bayi atau kanak-kanak ialah baca ayat Al-Qursi dan Surah Tiga Qul kemudian tiupkan ke ubun-ubun bayi sehinggalah bayi tersebut berhenti menangis. Baca doa pelindung diri dan bertawakkal sepenuhnya kepad Allah. Dengan izinNya, insyaAllah jin ini dan syaitan akan pergi.

Baca : Doa Kuat Semangat

Hadith Ummu Sibyan adalah Hadis Daif ?

Menurut Dr Rozaimi Ramle, hadis tentang Ummu Sibyan ini adalah hadis daif. Walaubagaimanapun, ada hadis melarang kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja yang sahih kerana pada waktu tersebut, syaitan sedang berkeliaran.

Daripada sahabat Jabir R.A, bahawan Nabi SAW bersabda:

Hadith tentang larangan keluar pada maktu senja

Maksudnya :

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Justeru, sama-samalah kita menjaga keluarga kita dari diganggu oleh jin dan syaitan dengan memastikan pintu dan tingkap sentiasa tertutup pada wkatu senja dan Mahgrib. Sentiasa memastikan anak-anak dan keluarga kita yang lain dilindungi dari gangguan ini.

Baca : Doa Pelindung Diri ( Dalam Jawi dan Rumi )

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *