MAKANAN Untuk KUATKAN INGATAN

Makanan Untuk Kuatkan Ingatan , makanan harian yang diambil memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita terutama dari aspek kesihatan dan kecerdasan tubuh badan. Tahukah anda terdapat banyak makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan kita? Antara lima makanan untuk kuatkan ingatan adalah:

Kurma baik untuk minda anak-anak
Kurma

Khasiat kurma , kurma atau tamar menjadi makanan harian atau ruji bagi penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Kurma yang segar mempunyai warna yang kemerah-merahan atau kuning dan apabila dipetik, buah ini agak keras. Musim panad dikatakan sebagai musim kurma kernaa kurma senang didapati ketika musim ini dan Asia Timur merupakan pembekal utama kurma di pasaran. Terkenal sebagai makanan sunnah, buah kurma mempunyai banyak khasiat kerana mempunyai mineral, vitamin, serat, dan antioksida yang sangat penting untuk badan. Kurma mengandungi potassium yang sangat penting dalam system saraf kita. Justeru, kurma dapat membantu tahap kecekapan dan ketajaman otak kita. Bagi mereka yang ingin menambah kecekapan otak, boleh mengamalkan kurma sebagai makanana harian. Ia sangat bagus dalam menguatkan ingatan para pelajar. Maka, kurma tergolong dalam makanan untuk kuatkan ingatan kita

Baca : Doa kuat ingatan

Susu segar bagus untuk pengmbangan minda dan fizikal
Susu dan Yogurt

Kaya dengan protein, vitamin D dan B menjadikan produk tenusu tergolong dalam senarai makanan yang membantu menguatkan ingatan kita. Protein, Vitamin D dan B mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan ajringan otak, neurotransmitter dam enzim. Susu seperti susu kambing sangat digalakkan kerana mempunyai banyak khasiat. Kanak-kanak dan remaja yang aktif diakatakan memerlukan vitamin D 10 kali lebih banyak daripada jumlah yang disarankan kerana vitamin D sangat memainkan peranan dalam memelihara siklus hidup sel serta fungsi saraf dan otot.

Daging Lembu Bebas Lemak

Anak-anak kecil sangat susah untuk menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran. Daging lembu yang bebas lemak ini mempunyai zat besi yang membantu anak-anak ini bertenaga dan mempunyai ketumpuan yang tinggi ketika di sekolah. Mengikut fakta, sebanyak 28 gram daging lembu membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. “Lemak baik” seperti lemak tidak tepu (minyak zaitun, kekcang dan biji-bijian), asid lemak penting (Omega 3 dan Omega 6) dan juga lemak tepu semulajadi (minyak kelapa dan kelapa sawit, kuning telur, mentega dank rim) sangat baik untuk ingatan anak-anak.

Baca : Doa penerang hati Rumi

Kaya dengan omega 3 untuk pertumbuhan minda anak-anak
Ikan

Ikan mengandungi asid lemak bermanfaat untuk fungsi dan pertumbuhan otak manusia kerana ia sumber terbaik asid lemak omega -3. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang mempunyai sajian harian ikan mempunyai daya fikiran yang tajam. Omega -3 menyalurkan lebih banyak oksigen ke otak, justeru membolehkan kita untuk mengingati maklumat baru dan juga maklumat lama. Salmon , tuna dan hering merupakan antara ikan yang terbaik untk kesihatan otak kita.

Beri

Apabila mendengar perkataan beri, pasti sahaja ramai yang menyukainya. Beri hitam, beri biru dan raspberi adalah antara buah beri yang kaya dengan antioksiadan yang sangat baik untuk otak. Mempunyai kandungan fisetin dan dan flavonoid yang bagus untuk menguatkan daya ingatan dan membantu dalam membalikkan kesan penuaan pada otak menjadikan buah beri digelar sebagai “superfruit”

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *