PANDUAN SOLAT DHUHA – Lengkap

Panduan Solat Dhuha , Solat sunat adalah salah satu amalan yang dilakukan untuk menambah amalan dan pahala. Solat Dhuha adalah antara solat sunat yang mudah untuk dilakukan. Solat Ḑḩuha merupakan solat sunat pada waktu pagi sebanyak dua rakaat dan amatlah digalakkan untuk kita sebagai umat Islam, menunaikannya kerana terdapat banayk fadhilat daripada amalan tersebut.


Ia dipanggil sebagai solat sunat Dhuha kerana ada waktu khusus untuk mengerjakan solat ini iaitu pada waktu Ḑḩuha sahaja. Solat Ḑḩuha dikerjakan pada waktu Dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik setinggi sebatang galah iaitu kira-kira 20 minit selepas terbit matahari sehinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit iaitu sebelum menjelang waktu Zohor.

Panduan Solat Dhuha untuk semua
Hadis Berkenaan Solat Dhuha

Sebagaimana dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA:

Hadis Berkenaan Solat Dhuha

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”


Solat sunat Ḑḩuha sama seperti solat sunat yang lain. Ia boleh dikerjakan sebanyak dua (2), empat (4), enam (6) atau sehingga dua belas (12) rakaat yang mana setiap dua rakaat harusla disertakan satu salam, sebaiknya.
Solat Dhuha ini sangat digalakkan kerana ia merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki. Malahan, solat Ḑḩuha mampu memberikan ketenangan dalam diri kita serta memperolehi keampunan daripada Allah SWT.


Ramai yang masih keliru untuk mengira waktu solat Dhuha. Terdapat dua cara untuk mengira waktu DHuha iaitu waktu Syuruk ditolak dengan waktu Subuh dan kemudian, dibahagi tiga dan seterusnya ditambah 15 minit sebagai tempoh berhati-hati atau dipanggil Ihtiyati.
Selain itu, cara kedua untuk menentukan waktu Dhuha ialah dengan menambahkan 25 minit lagi selepas waktu Syuruk


Niat solat Dhuha ialah :
Niat Solat Dhuha

“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


Untuk bacaan ketika solat sunat Ḑḩuha pula, kita dibolehkan membaca sebarang surah. Walaupun begitu terdapat cadangan untuk membaca surah al-Shams pada rakaat pertama dan ad- Ḑḩuha pada rakaat kedua solat.


Untuk rakaat pertama:
Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahuakbar disertakan dengan niat di dalam hati. Kemudian, teruskan dengan bacaan doa iftitah serta membaca surah Al-Fatihah. Selain itu kita juga dianjurkan untuk membaca surah as – Shams ataupun surah al-Kafirun. Kemudian, rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.


Untuk rakaat kedua:
Membaca surah Al-Fatihah dan dianjurkan agar membaca surah Ad-Dhuha ataupun surah Al-Ikhlas. Kemudian, ruku, iktidal dan sujud seperti biasa serta memberi salam selepas tahiyyat akhir.

Doa Selepas Solat Ḑḩuha


Selesai menunaikan solat Ḑḩuha, kita digalakkan membaca doa selepas solat Ḑḩuha seperti di bawah:

Doa Dhuha

“Ya Allah

Sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah wkatu Dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milikMu), (Segala) KecantikkanMu itu adalah kecantikkan (milikMu), (Apapun) kekuatan adalah kekuatan (milikMu), (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan segala perlindungan itu adalah (datang dari) perlindunganNya.


Ya Allah

Sekiranya rezekiku ada dilangit maka turunkanlah ia, jika ada di bumikeluarkanlah ia, jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran DhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikkanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah apa yang telah Kau berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh”

Cara Alternatif Hafal Doa Dhuha- Panduan Solat Dhuha

Jika merasa terlalu panjang untuk dihafal atau untuk diingati, bolehla mengalunkan doa ini sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu melaui nyanyian yang dialunkan oleh kumpulan nasyid UNIC.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu


Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
ǰika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
ǰika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah


Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu


Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Baca : Doa Penerang Hati ( Rumi dan Jawi)

Kelebihan Solat Dhuha – Panduan Solat Dhuha

Pasti ramai tertanya-tanya apakah kelebihan menunaikan solat sunat Ḑḩuha ini, kan? Allah telah mengurniakan kelebihan kepada hambaNya untuk meraikan waktu-waktu Ḑḩuha dengan menunaikan solat dua rakaat.
Solat sunat Dhuha ini adalah sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk menjadikan solat Ḑḩuha sebagai rutin. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,

“Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Ḑḩuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”
— Hadis Riwayat Bukhari

Seperti yang kita sedia maklum, solat Ḑḩuha sentiasa dikaitkan dengan rezeki. Dengan izinNya, apabila kita mengamalkan solat Ḑḩuha, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang tidak pernah putus dan melimpah ruah serta beroleh ketenangan dalam kehidupan. Jangan kita bersangka bahawa rezeki itu Cuma datang dari bentuk wang sahaja. Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk seperi rezeki yang sentiasa cukup, anak-anak yang soleh dan solehah, dipermudahkan urusan kehiduapan, dikurniakan tubuh badan yang sihat dan bermacam lagi.

Apabila kita mengamalkan solat sunat Ḑḩuha dalam kehidupan kita dan menjadikan ia sebagai rutin, insyaAllah kita akan mendapat keampunan daripada Allah SWT.


Pada awalnya mungkin kita akan berasa berat untuk menunaikan solat Ḑḩuha ini, tetapi apabila ia telah menjadi sebahagian dari rutin harian kita, kita akan berasa berat dan tidak lengkap sekiranya tidak menunaikannya.

Selain Panduan Solat Dhuha, Baca juga Doa Kuat Semangat !

Panduan Solat Ḑḩuha
Kewajipan Mencari Rezeki Yang Halal

Solat sunat Ḑḩuha yang dilakukan pada pagi hari boleh menjadikan kita lebih bersemangat untuk seharian itu. Doa dhuha yang dilafazkan menunjukkan bahawa kita bergantung harap kepada Alla SWT untuk mendapatkan rezeki. Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, manakala yang selebihnya adalah diberikan oleh Allah SWT.

Menjadi kewajipan setiap manusia untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk dinikmati olehnya sendiri dan keluarga. Rezeki ialah sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada manusia. Oleh itu, rezeki tergolong dalam 2 golongan iaitu rezeki yang halal dan rezeki yang haram. Rezeki yang halal adalah yang diperoleh daripada cara dan sumber yang dibenarkan oleh syarak manakala rezeki yang haram adalah sebaliknya. Rezeki yang halal akan menjadi darah daging dan sebati dengan diri manusia. Oleh sebab itu, setiap insan perlu berhati-hati dalam mencari rezeki. Berusahalah bersungguh- sungguh dan bertawakkal kepada Allah SWT. Sesungguhnya rezeki setiap insan itu telah ditetapkan dan setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Diharapkan Panduan Solat Dhuha ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga kita menjadi Muslim yang terbaik. Selamat Maju jaya!

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *