PETUA HILANGKAN BATUK.. Cara Yang Berkesan!

Orang-orang tua dahulu mempunyai banyak petua hilangkan batuk. Mereka menggunakan sumber semula jadi sebagai ubat untuk menghilangkan batuk. Disamping mujarab, petua ini juga selamat dan daripada bahan organik. Antara yang popular adalah seperti yang penulis sertakan di bawah. Di harapkan dapat membantu semua untuk hilangkan batuk :

Petua hilangkan batuk dengan lemon
Berikut Petua Hilangkan Batuk :

PETUA 1:
HALIA + LEMON + MADU –
PALING MUJARAB

Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 

Dapatkan potongan halia dan lemon segar. Elakkan daripada menggunakan halia dan lemon yang lama kerana dikhuatiri terdedah kepada fungi. Untuk kuantiti air 500 ml ( air minuman botol kecil), sila ikut cara-cara berikut :

1) Potong halia sebesar ibu jari dan hiris lemon dalam bentuk kepingan

2) Tumbuk halia sehingga separuh lumat

3) Masukkan potongan lemon dan halia kedalam air masak

4) Masukkan satu sudu teh madu asli (Jangan gunakan madu tiruan)

5) Biarkan seketika selama 10 minit, kemudian minum perlahan-lahan

Petua hilangkan batuk dengan bawang putih

PETUA 2:
BAWANG PUTIH

Bawang putih terkenal dengan ciri-ciri antibakteria dan antifungi. Sangat mujarab jika batuk disebabkan oleh jangkitan bakteria.

1) Dapatkan seulas bawang putih, kupas dan bersihkan

2) Salai bawang putih tersebut sehingga sedikit keperangan

3) Kunyah dan telan perlahan-lahan, biar dapat dirasi di dalam tekak

Petua hilangkan batuk

PETUA 2:
LIMAU NIPIS + MADU

Boleh juga gunakan gabungan antara limau nipis dan madu untuk hilangkan batuk. Ikut cara-cara di bawah :

1) Dapatkan sebiji limau nipis yang telah dibersihkan

2) Hiris, perah dan dapatkan jus limau nipis

3) Masukkan jus limau nipis kedalam segelas air suam

4) Kemudian, masukkan satu sedu teh madu

5) Air minuman sedia untuk diminum

8 Kebaikan Minum Air Kosong….. Sila KLIK

KHASIAT BAHAN-BAHAN dalam Petua Hilangkan Batuk
Khasiat bahan untuk petua hilangkan batuk

HALIA: Halia mempunyai bahan-bahan aktif yang boleh membunuh mikroorganisma seperti kuman termasuklah bakteria dan fungi. Selain itu, halia telah lama digunakan untuk mengubati panau.

LEMON dan LIMAU NIPIS: Kedua-dua buah ini kaya dengan antioksidan dan juga berfungsi sebagai antibakteria. Bahan citral dalam kedua-dua buah ini mampu membunuh bakteria serta merta. Mujarab kan.

Doa Kuat Ingatan……. Sila KLIK

MADU: Madu asli mempunyai bahan antibakteria yang dikatakan juga mampu melawan bakteria penyebab batuk. Madu juga mempunyai khasiat yang banyak. Elakkan daripada menggunakan madu tiruan kerana dikhuatiri mempunyai bahan-bahan merbahaya.

BAWANG PUTIH: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Bawang putih juga dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

Bahaya KUMAN Salmonella dalam Makanan….. Sila KLIK

Semoga Bermanfaat

Sila SHARE dengan kawan-kawan ya

Sila KLIK..

2 thoughts on “PETUA HILANGKAN BATUK.. Cara Yang Berkesan!

  • January 25, 2019 at 4:59 am
    Permalink

    Boleh cuba ni. Dah seminggu batuk tak sembuh2 lagi. Kalau jadi nak buat produk sendiri boleh tak?

    Reply
    • January 25, 2019 at 5:06 am
      Permalink

      Insyaallah boleh cuba Tuan. Produk sendiri pun menarik idea tu Tuan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *