RESIPI AYAM MASAK MERAH – Sedap dan Ringkas

Dikongsikan resipi ayam masak merah yang selalu disediakan semasa kenduri dan majlis jamuan. Ayam masak merah juga sering disajikan bersama nasi minyak, nasi tomato dan nasi hujan panas. Resipi yang sangat mudah dan cepat, yang pastinya memang sedap. Diharap dapat manfaat dengan perkongsian resipi ayam masak merah ini.

.

Bahan-bahan diperlukan ( Untuk 1 ekor ayam ) :

.

Bahan asas

  • 1 ekor ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu kecil asam jawa

.

Bahan-bahan kisar

  • 8 biji cili kering
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah besar

.

Bahan Hias

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • Daun sup dan daun bawang

.

Cara menyediakan dan memasak ( Resipi Ayam Masak Merah ) :

1.  Bersihkan ayam. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Potongan 16 menjadikan ayam cepat untuk masak dan senang untuk sebati.

2.  Gaul ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga hampir masak.

3.  Tumis bahan kisar dengan menggunakan minyak goreng ayam sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, tomato dan asam jawa. Tumis sehingga pecah minyak.

4.  Masukkan ayam. Balikkan ayam sekali sekala agar ayam sebati dengan kuah merah. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

5.  Sesuaikan rasa dengan menggunakan garam dan gula.

6. Setelah padamkan api, masukkan bahan-bahan hias yang dipotong halus.

.

Selamat mencuba resipi ayam masak merah ini.

.

Resipi ayam masak merah yang sedap dan ringkas

.

Turut Dibaca :

  1. Khasiat Madu Asli

[ Ringkasan ] Madu asli mempunyai banyak khasiat. Tetapi AWAS ! 95 % madu yang ada dalam pasaran Malaysia adalah madu tiruan. Disamping tidak berkhasiat, ianya juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Madu asli mengandungi Vitamin C yang memang tersangatlah banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Selain itu, madu juga mempunyai kalsium untuk menguatkan tulang dan mempunyai zat besi yang sangat penting untuk sistem darah manusia.

.

2. Petua Hilangkan Batuk , Gunakan Bahan di Dapur Sahaja

[Ringkasan] Dapatkan potongan halia dan lemon segar. Elakkan daripada menggunakan halia dan lemon yang lama kerana dikhuatiri terdedah kepada fungi. Untuk kuantiti air 500 ml ( air minuman botol kecil), sila ikut cara-cara berikut : …

.

Semoga bermanfaat.

Silakan SHARE dengan kawan-kawan ya..

Baca : Doa Kuat Ingatan

Sila KLIK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *